Sunday, May 29, 2011

di luar lingkungan akal 'o'

Assalamualaikum... "apakah hebatnya Islam?" tanya seorang kawan kepada ku. tersentak dan berderau darah ku dengan persoalan yang ditanya tadi.. "kenapa ada masalah ke?" tanyaku ambil memandangnya dengan ekor mata. "tak de.. cuma nak tahu jawapan dari perspektif seorang kawan yang semenjak dari umur 12 tahun sampai sekarang setia di aliran agama" oh.. soalan ujian rupanya.. detik hatiku.. aku terdiam seketika sambil menarik nafas panjang dalam-dalam.. dan ku susun tutur bicara ku.. "terlalu hebat.. berganda-ganda hebatnya" ujarku tersenyum.. "iye?" tanya kawanku.. "aha" jawabku yakin..

ku sambung bicaraku "dalam Islam ada sifir 1+1=27. hebatkan?" "eh ye ke? setahu aku 1+1 =2" ujar kawanku.. "itulah hebatnya Islam. jika solat seorang diri diberi satu pahala. maka bila datang seorang menjadi makmum, maka sifirnya berubah dengan begitu drastik menjadi 27 pahala. kan, sifir solat jemaah itu 1+1=27!" hujahku petah.. "wah! hebat" jawab kawanku..

"ada lagi yang lebih hebat" jawab ku. "apadia?" kata kawanku yang semakin berminat "beri satu islam bagi 700!" jawabku " Wah! ini lagi hebat" kata kawanku.. "sekiranya kita meninfakkan satu perkara dijalan Allah.. maka ia seperti satu benih yang menumbuhkan tujuh tangkai.. setiap tangkai ada seratus.. jadi jika andaikan infak itu y maka formulanya: y = 1(7x100)." jawabku dalam kiraan matematik..

terangguk-angguk kawanku.. entahkan betul atau tidak formula kiraan matematik ku tadi. maklumlah dah lama tinggalkan subjek matematik ni. (kalau salah cakap la.. nanti boleh betulkan balik..) tapi bila tengok dia mengangguk tu.. kira oklah.. mesej sampai la tu.. kemudian, terdengar kawanku berkata: "erm.. hebat sungguh Islam ni kalau macam tu! rupanya begini jawapan seorang yang dah lama berkecimpung dalam jurusan agama" katanya sambil tersenyum memandangku..

itu cuma sekelumit kehebatan agama Islam yang sempat ku sampaikan kepada kawanku sedangkan di sana masih terdapat pelbagai kehebatan agama islam untuk kebaikan umat Manusia.. semoga kita banyak-banyak bersyukur dengan kehadiran agama Islam membawa kebahagiaan buat kita semua.. amin.

nukilan:
ustazshafiee
UNisZa
kuala terengganu

No comments:

Post a Comment